Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat ku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya Allah
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemelihara ku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah pada kami keturunan yang soleh
Amin Ya Rabbal'Alamin
No comments:
Post a Comment