Thursday, December 29, 2011

Pesanan kepada diri.

"Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik, liar, dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik Tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia."

Sabda Nabi, "Perumpamaan umatku adalah seperti hujan ; tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik."

Syurga Itu Benar
Sesungguhnya syurga itu benar, diyakini oleh orang yang benar, diraih melalui amalan-amalan yang benar, disampaikan oleh Allah Yang Maha Benar (Al-Haq) kepada Rasul-Nya yang benar lagi dibenarkan.

Doa Rasulullah (S.A.W) di Pagi Hari
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya, dan petunjuknya. Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada didalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."

Berkata Ulama Shalihin :
"Awali gerakmu dengan "Bismillahirrahmanirrahim" "
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos :
"Apakah kamu mahu tahu kunci-kunci syurga itu? Kunci syurga sebenarnya adalah "Bismillahirrahmanirrahim" "

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita..
yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..
Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Saturday, December 24, 2011

Saturday, December 10, 2011

Masa silam yang kelam.

Bumi mana tidak ditimpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa. Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada Ilahi.

Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah. Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.

Jika zaman jahiliah akal terasa kosong daripada ilmu dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu Al-Quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan dan padamkan secara bertahap. Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju Ilahi sentiasa maju ke hadapan. Moga dengan itu kita menjadi insan terpilih untuk bahagia menikmati anugerah syurga abadi.