Wednesday, September 28, 2011

[duhai hati]

Duhai hati
Teruslah bersabar menempuh segalanya
Meski kau selalu terluka
Percayalah
Masa akan mengubat segala duka

Duhai hati
Usahlah gentar menghadapi semua
Meski kau pernah terjatuh
Dalam onak dan duri
Bangkitlah dengan tabah dan berani

Duhai hati
Andai kau telah berasa penat atas semua
Ambillah masa mu buat seketika
Tolehlah ke belakang
Untuk merenung kisah silam
Namun usah terlupa
Untuk terus mengatur langkah
Kerana masa tidak akan menunggu insan yang alpa

Duhai hati
Andai kau pernah mengalah
Kembalilah, bangkitlah
Sebagaimana yang pernah kau lakukan dulu

No comments:

Post a Comment